Bersendirian di kampung menyebabkan aku bernostalgia zaman kanak-kanakku. Zaman kanak-kanak yang berwarna warni kembali segar di ingatan lebih-lebih lagi bila melihat peralatan zaman itu. Aku mungkin digologkan dalam kalangan kanak-kanak yang bertuah kerana dibesarkan di desa yang cara hidupnya masih lagi tradisional. Semua pengalaman itu aku alami sendiri yang mungkin tidak dialami oleh kanan-kanak lain. Kenangan itu aku lakarkan di sini untuk tatapan bersama.
Pembajak Sawah
Kereta bajak ni digunakan untuk melumatkan petak-petak bendang. Masa aku budak-budak seronok megharung lumpur megikut kereta ni.Kenapa?.Sebab semasa tanah dibajak banyak anak-anak ikan yang pening seperti sepat, puyu, haruan dan keli.
Sekarang sawah tidak lagi diusahakan.Bendang yag dulu meniupkan wangian bunga padi tidak lagi dusahakan.Masih terasa betapa indahnya meniti batas-batas bendang sewaktu pulang ke rumah diwaktu senja.Sambil tangan mencebek raga yang memuatkan bekas bekalan. Alangkah seleranya menjamah bekal di atas dangau di tengah sawah. Kesegaran udara menambah lagi selera makan, walaupun lauknya anak-anak ikan sepat yang digoreng rangup berserta ulam kacang panjang yang ditanam di batas-batas sawah.
Sekarang jentera bajak yang banyak berjasa in masih lagi menabur bakti kepada kami.Setelah dimodifikasi,ianya diguanakn untuk mengepam air sungai bagi menyiram sayur-sayuran oleh abangku. Sungguh besar pengorbanannya pada keluarga kami.
Perkup Burung
Alat ini dibuat dari keratan buluh yang di belah-belah menjadi bilah yag tidak bercerai dari bukunya. Bersama akar selawar ianya dijalin kemas. Di antara bilah itu dimasukkan peranak bilah supaya mulutnya terbuka luas. Aku berkemahiran untuk membuatnya dan ilmu ini tak mugkin diperturunkan kepada jenerasiku. Kerja-kerja membuatnya sangat merbahaya kerana menggunakan pisau yang tajam, sembilu buluh serta miangnya.
Perkup (serkup) digunakan sebagai perangkap untuk menagkap burung-burung kecil seperti puyuh, wak wak, sita, tiruk, ayaman dan lain-lain. Kaedah digunakan ialah menggunakan umpan atau tali pelaris. Burung-burung ini akan dijadikan lauk atau diratah setelah digoreng. Aduh! kejur air liur mengigatnya hehehe.
Perkup ini juga kalau terdesak katakan ibu ayam panik telur nak keluar. huh boleh juga dijadikan tempat bertelur bertaraf 5 bintang. Dongakkan ke atas, isikan daun-daun pisang kering dan sedia digunakan.
Siput Sedut
Pagi ini aku melalui anak sungai tempat aku sentiasa bermain, mandi dan berkubang. Ternampak makhluk berwarna hitam dan merayap. Huh! siput sedut. Masih banyak seperti dulu. Siput sedut ini memang sedap jika dimasak lemak kuning letak daun kesung dan daun kadok. Tapi ingat! sebelum dimasak hendaklah terlebih dahulu dibuang hujungnya, iaitu hampir separuh dari cengkerangnya. Bukan apa supaya senang untuk menyedut ketika makan.
No comments:
Post a Comment