Saturday, February 5, 2011

Hari Terakhir Cuti

Bawak anak buah naik frontier gi mandi sungai. Huh! sukanya derang bila dapat naik kat kabin belakang. Dapat aku dengar suara derang gelak sambil tangan menyambar daun2 pokok di atas kepala. Teringat masa aku sekolah dulu, berebut nak dok depan (lori pagar mcm lori angkat getah sekarang ni) kerana  boleh dapat fresh air serta petik daun-daun. Kelakar betul, tak penah fikir pasal sekuriti. Debu kat atas kepala toksah ceritalah kaler hitam dah jadi yellow what.

        Budak-budak kena naik belakang kerana pakaian derang berselut main sungai.Dalam kepala aku dok pening camne nak bersihkan keta yg berselut ni. Adoii tambah lagi kerja. Esok nak mulakan hidup baru. Tukar kulit dari petani tradisional kepada cekgu sekolah. Guru Geografiku.blogspot.com

Thursday, February 3, 2011

Lagi-lagi Nostalgia.



Sebagai budak kampung yang membesar dalam persekitaran semulajadi, aku banyak belajar tentang alam. Alam sekitar sangat mempengaruhi corak kehidupan kami. Bagaimana untuk survive di sungai, bukit, sawah dan hutan.Sekali imbas cara hidup kami bertepatan seperti gambaran dalam novel atau cerpen hasil karya Shahnon Ahmad dan Fatimah Busu. Sorotan kisah dan bahan berikut dapat kuselitkan beberapa nostalgik untuk tatapan kenangan aku sendiri.

Penapis




Dari segi fungsinya seakan belat di kalangan sesetengah masyarakat. Kalau belat dibuat dari bilah buluh yang dijalin membentuk halangan. Namun penapis hanya memerlukan dahan-dahan, ranting serta daun kelapa. Fungsinya sama iaitu untuk memebentuk halangan di anak sungai.Satu atau dua lubang dibentuk untuk dijadikan laluan air. Di situ juga dipasang bubu, lukah atau temilar bagi menagkap ikan yang akan mudik. Kalau aku ceritakan kepada budak-budak sekarang atau golongan dewasa mungkin asing bagi mereka.

Lukah atau bubu digunakan bersama penapis di atas. Alah macam cerita badang tu la. Mulut bubu ni akan dipasang mengikut arus dan memerangkap ikan-ikan yang mudik melalui laluan air khas. Ikan akan terperangkap atau tersangkut pada "unjat'. Antara ikan yang ditangkap ialah ikan-ikan yang berhabitat di sungai kecil seperti sebarau, terbul, kepar, kenjeng, jelebek, tebal sisik dan lain-lain.
Heheheh tangan sapa ni...???

Wednesday, February 2, 2011

Nostalgia Zaman Kanak-Kanak.

Cuti Seminggu Tahun Baru Cina
Bersendirian di kampung menyebabkan aku bernostalgia zaman kanak-kanakku. Zaman kanak-kanak yang berwarna warni kembali segar di ingatan lebih-lebih lagi bila melihat peralatan zaman itu. Aku mungkin digologkan dalam kalangan kanak-kanak yang bertuah kerana dibesarkan di desa yang cara hidupnya masih lagi tradisional. Semua pengalaman itu aku alami sendiri yang mungkin tidak dialami oleh kanan-kanak lain. Kenangan itu aku lakarkan di sini untuk tatapan bersama.




Pembajak Sawah


Kereta bajak ni digunakan untuk melumatkan petak-petak bendang. Masa aku budak-budak seronok megharung lumpur megikut kereta ni.Kenapa?.Sebab semasa tanah dibajak banyak anak-anak ikan yang pening seperti sepat, puyu, haruan dan keli.


         Sekarang sawah tidak lagi diusahakan.Bendang yag dulu meniupkan wangian bunga padi tidak lagi dusahakan.Masih terasa betapa indahnya meniti batas-batas bendang sewaktu pulang ke rumah diwaktu senja.Sambil tangan mencebek raga yang memuatkan bekas bekalan. Alangkah seleranya menjamah bekal di atas dangau di tengah sawah. Kesegaran udara menambah lagi selera makan, walaupun lauknya anak-anak ikan sepat yang digoreng rangup berserta ulam kacang panjang yang ditanam di batas-batas sawah.


         Sekarang jentera bajak yang banyak berjasa in masih lagi menabur bakti kepada kami.Setelah dimodifikasi,ianya diguanakn untuk mengepam air sungai bagi menyiram sayur-sayuran oleh abangku. Sungguh besar pengorbanannya pada keluarga kami.






Perkup Burung
Alat ini dibuat dari keratan buluh yang di belah-belah menjadi bilah yag tidak bercerai dari bukunya. Bersama akar selawar ianya dijalin kemas. Di antara bilah itu dimasukkan peranak bilah supaya mulutnya terbuka luas. Aku berkemahiran untuk membuatnya dan ilmu ini tak mugkin diperturunkan kepada jenerasiku. Kerja-kerja membuatnya sangat merbahaya kerana menggunakan pisau yang tajam, sembilu buluh serta miangnya.


         
Perkup (serkup) digunakan sebagai perangkap untuk menagkap burung-burung kecil seperti puyuh, wak wak, sita, tiruk, ayaman dan lain-lain. Kaedah digunakan ialah menggunakan umpan atau tali pelaris. Burung-burung ini akan dijadikan lauk atau diratah setelah digoreng. Aduh! kejur air liur mengigatnya hehehe.


Perkup ini juga kalau terdesak katakan ibu ayam panik telur nak keluar. huh boleh juga dijadikan tempat bertelur bertaraf 5 bintang. Dongakkan ke atas, isikan daun-daun pisang kering dan sedia digunakan.

 Siput Sedut
Pagi ini aku melalui anak sungai tempat aku sentiasa bermain, mandi dan berkubang. Ternampak makhluk berwarna hitam dan merayap. Huh! siput sedut. Masih banyak seperti dulu. Siput sedut ini memang sedap jika dimasak lemak kuning letak daun kesung dan daun kadok. Tapi ingat! sebelum dimasak hendaklah terlebih dahulu dibuang hujungnya, iaitu hampir separuh dari cengkerangnya. Bukan apa supaya senang untuk menyedut ketika makan.








          Lucunya bila teringat budak-budak zaman sekarang. Menyedut siput pun mereka tak pandai, apa lagi untuk mencarinya di sungai. Betapa senangnya anak-anak zaman IT, semua yang mereka nak makan sampai ke meja, hanya cuci tangan dan doa makan jer. Itu pun kalau teringat. Sekali lagi aku kanak-kanak bertuah.

Saturday, January 29, 2011

Its Raining..

Bila dapat cuti CNY seminggu seronoknya. Sejak jumaat sampai pagi ni asyik hujan tak henti-henti. Apa boleh buat bergumpal kat rumah je la. Perancangan nak balik kampung, tengok farm, tengok pokok-pokok getah, pokok pisang tapi hujan lebat. Tengoklah esok-esok kot kot cuaca baik, frontier dah 2 hari tak start.Tapi kalau balik best jugak, pegi sungai bawak joran ngail baung. Air keruh ni banyak ikan mudik ke hulu mencari makanan. Nampaknya kejap lagi nak pegi kedai pancing beli cengkerik buat umpan.

Menu Hari Ini

Pagi: Goreng pisang
Tgah Hari: Nasi, Paih Ikan Tilapia, Goreng Pucuk Paku, Sambal Bilis Stail Pahang
Petang: Laksa Penang
Malam: Minum jer

Biodata Cikgu

MAJOR; GEOGRAFI
MINOR; SEJARAH
TUGAS KHAS: GURU DATA DAN MAKLUMAT
TUGAS HAKIKI: MENGAJAR / GURU AKADEMIK
FIRST POSTING: SINCE MAY 1997
PENGALAMAN: 14 TAHUN